Rasulullah (s.a.w.) adalah Nabi kita yang sangat jujur dan tidak akan mengucapkan sesuatu kecuali wahyu yang Baginda terima dari Allah (SWT). Baginda memberitahu bahawa air zamzam adalah air terbaik di muka bumi. Pada air zamzam terdapat segala kebaikan, khasiat dan keberkatan. Maka jika ada sesiapa pun yang lebih mengistimewakan air biasa berbanding air zamzam d isebabkan oleh kejahilannya terhadap keistimewaan air zamzam, atau lantaran imannya yang lemah, maka sesungguhnya ia telah melakukan kesalahan besar. Ia telah menjauhi kebenaran yang diberitakan oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.). Bagaimana mungkin, air zamzam didakwa sebagai bukan air terbaik, sedangkan di dalamnya terdapat kebaikan, keberkatan, khasiat, kekhususan dan keistimewaan tersendiri yang tidak mungkin terdapat pada air-air biasa, |