KHASIAT AIR ZAMZAM  NIKMAT TERBESAR & BERMANFAAT
 

Allah (SWT) berfirman :

 

 

Dan umumkanlah kepada manusia untuk melaksanakan ibadah haji, maka mereka akan mendatangimu dengan berkenderaan dari segala penjuru yang jauh, agar mereka menyaksikan manfaat yang diberikan kepada mereka, dan agar mereka menyebut nama Allah pada hari-hari tertentu.

(Surah Al-Hajj: 27-28)

 

Di antara manfaat terbesar yang dapat disaksikan oleh para jemaah haji dan umrah di Tanah Suci milik Allah (SWT) adalah manfaat air zamzam. Mereka dapat menikmatinya dengan puas. Bahkan mereka dapat memperolehi kebaikan dan keberkatannya. Mereka juga dapat menyampaikan doa yang sememangnya disunahkan untuk dipanjatkan ketika meminumnya kerana Air Zamzam adalah, "terpulang maksudnya untuk apa ianya diminum". Sama ada untuk keperluan dunia mahupun keperluan akhirat. Sesungguhnya air zamzam termasuk di antara nikm-nikmat Allah (SWT) yang agung, yang diciptakan Nya ditempat yang baik dan penuh keberkatan, iaitu Makkah Al- Mukarramah.

 

Di antara khasiat dan keistimewaan paling nyata yang juga mendedahkan kebesaran nikmat tersebut serta manfaat air zamzam, adalah khasia penyembuhan yang terdapat di dalamnya. "Bukan sedikit jumlah individu yang berjaya disembuhkan menerusi air zamzam, setelah sebelumnya ia mendapati yang sakitnya semakin parah, meskipun telah berbagai usaha dicuba untuk berubat dan dengan mengguna banyak air yang lain".  Bahkan ramai pesakit yang telah diberi kemuliaan oleh Allah (SWT) dengan penyembuhan, berkat dan khasiat Air zamzam. Padahal ramai pula doktor dan dukun yang telah ditemuinya, namun mereka masih gagal menyembuhkannya.

 

Air zamzam adalah pintu kebaikan yang telah dibuka oleh Allah (SWT) untuk hamba-hambanya yang beriman sebagai kemuliaan yang diberikan-Nya untuk mereka. Semoga Allah (SWT) membalas Nabi Muhammad (s.a.w.) dengan balasan terbaik.  Kerana Baginda, telah menunjukkan dan menjelaskan kebaikan tersebut kepada umatnya.

 

NIKMAT TERBESAR & BERMANFAAT  KHASIAT AIR ZAMZAM

 
 
 

 
 
 
 
 

Design and maintain by CamarO

 
 

eXTReMe Tracker