HAJI BADAL / UPAH HAJI SIAPAKAH YANG PERLU HAJI BADAL/UPAH HAJI? i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela. Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:” Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali". Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi Syarat Upah Haji Melalui Imtiyaz Travel Waris / Wakil Waris datang ke Pejabat Imtiyaz Berdekatan atau melalui Wakil Imtiyaz. Mengisi Borang dan memilih kadar Upah yang ditetapkan. Akad iaitu mewakilkan kepada Imtiyaz untuk uruskan Upah Haji dengan kadar tertentu. Pihak Imtiyaz akan menguruskan Pelaksana Haji yang terdiri dari: Petugas Haji Imtiyaz Petugas Musim Haji Imtiyaz yang bermastautin di Mekah. Pelaksana diberi kuasa melaksanakan Haji Ifrad,Qiran atau Tamattu'. Sijil dan Cenderahati disediakan selepas Musim Haji (tertakluk kepada keadaan semasa). Kadar Bayaran Upah Haji Haji (Termasuk Umrah bagi Haji Tamattu' atau Ifrad) RM 2000.00 seorang Arwah. Khatam Al Quran Di Tanah Suci( Pilihan) RM 500.00 |