Download borang pendaftaran sebagai Wakil Imtiyaz

 
 
TEMPAHAN UMRAH & ZIARAH
 
  1. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan di tandatangani. Satu borang untuk setiap peserta.

  2. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM1,000.00 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan 30 hari sebelum berlepas.

  3. Pembayaran boleh dibuat secara:

    • Datang sendiri ke pejabat Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. yang terdekat dan pastikan resit bayaran dikeluarkan.

    • Masukkan terus ke dalam akaun bank :

    Nama Akaun : Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd.

    BANK : MAYBANK Bhd.

    NO. AKAUN : 5630 64111 650

     

    Fax kan slip pembayaran ke talian : 09-631 4546 atau emailkan kepada sales@imtiyaztravel.com

  4. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah hanya dikenakan harga tiket penerbangan, insuran dan visa (1,500 -+) kecuali visa ziarah.

  5. Kanak-kanak berusia 2 - 12 tahun (berpandukan tarikh lahir surat beranak) dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej kecuali visa ziarah, cuti sekolah & Ramadhan.

  6. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

  7. Pembatalan tertakluk kepada Terma & Syarat tempahan yang dilampirkan.

 
 
PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH
 
  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.

  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4x6cm, berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%

  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

  4. Dokumen tambahan bagi - isteri pergi tanpa suami

    • Salinan K/P suami

    • Salinan Surat Nikah

  5. Dokumen tambahan bagi - Wanita Bujang

    • Salinan Surat Lahir sendiri

    • Salinan surat lahir dan salinan K/P adik beradik lelaki lebih 18 tahun atau Salinan K/P bapa

  6. Dokumen tambahan bagi - Lelaki kurang dari 18 tahun

    • Salinan K/P bapa (jika bapa tidak ikut serta)

    • Salinan surat kelahiran sendiri atau Salinan Surat Lahir dan salinan K/P adik beradik lelaki 18 tahun ke atas.

  7. Dokumen tambahan bagi - ibu mengikuti anak lelaki

    • Salinan surat lahir anak lelaki yang diikuti.

  8. Dokumen tambahan bagi - Isteri Mengikut Suami

    • Salinan Surat Nikah.

 
 
BAKAL JEMAAH UMRAH PERLU MENYEDIAKAN KEPERLUAN SEPERTI DI BAWAH
 
BILCONTOH & UKURAN GAMBARKEPERLUAN GAMBAR
   
1

UNTUK PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

  1. Borang Permohonan Pasport (Pej Imigresen).

  2. Salianan Kad Pengenalan

  3. Salinan Sijil Kelahiran dan ibu/bapa perlu hadir bersama berserta kad pengenalan (Dibawah 18 tahun).

  4. Gambar berukuran pasport-2 keping (3.5 cm x 5 cm ).

  5. Pasport terakhir (dokumen asal). Dibawa bersama ke pejabat Imigresen semasa membuat passport Malaysia Antarabangsa.

  6. Latar belakang gambar berwarna BIRU

 

*Bagi yang belum ada pasport.

2.

UNTUK VISA

  1. Gambar berukuran Visa - 4 keping ( 4 cm x 6 cm) - Dibawa bersama Pasport Malaysia Antarabangsa ( PMA ) semasa menyerahkan PMA yang telah siap ke Pejabat Imtiyaz.

  2. Latar belakang gambar berwarna PUTIH.

  3. Di belakang gambar mestilah di tulis :

    • Nama

    • No. Kad Pengenalan.

3.

UNTUK VISA

  1. Suntikan meningitis ACYW135 perlu dibuatkan di klinik-klinik swasta yang berdekatan dengan perbelanjaan sendiri.

  2. Setelah suntikan dibuat, buku kesihatan akan dikeluarkan oleh klinik tersebut dan kemudian hendaklah diserahkan ke Pejabat Imtiyaz untuk urusan seterusnya

 

*Suntikan ini digunakan untuk tempoh

2 tahun sahaja.

 
 
 

 
 
 
 
 

Design and maintain by CamarO

 
 

eXTReMe Tracker