Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (r.a.): "pernah suatu ketika, Nabi Muhammad (s.a.w.) pergi ke perigi zamzam. Waktu itu kami mengambilkan air zamzam satu timba baldi untuk Baginda kemudian segera diminumnya. Seterusnya Nabi (s.a.w.) berludah ke dalam air zamzam dalam baldi tersebut. Setelah itu timba baldi tersebut kami curahkan ke dalam perigi zamzam. Ketika itu Nabi (s.a .w.) bersabda : "Seandainya aku tidak mengkhuatirkan kamu semua berebut-rebut dengan orang lain, tentu aku akan mengambil sendiri air zamzam ini." Dalam riwayat yang lain disebutkan: "Baginda meminumnya, kemudian berkumur-kumur dan meluahkannya semula ke dalam timba. Selepas itu, Baginda memerintahkan supaya air tersebut dituangkan semula ke dalam perigi zamzam. Dalam riwayat yang lain pula ada diceritakan: "Daripada Abdul Jabbar bin wa'il dari ayahnya bahawasanya Nabi (s.a.w.) diberi sebuah timba yang berisi air zamzam. Baginda berkumur-kumur lalu berludah yang mengeluarkan bau wangi yang lebih harum daripada kasturi." Dengan demikian air liur Rasulullah (s.a.w.) telah menem-pati keberkatan air zamzam sehingga menjadikan keberkatan air zamzam bertambah-tambah. Demikian juga kelazatan, penyembuhan, cahaya dan kesucian yang ada pada air zamzam menjadi semakin bertambah denagan percampuran air liur Nabi (s.a.w.) dalam timba yang kemudian dituangkan semula ke dalam perigi zamzam. Tersangat sayangnya Bagind (s.a.w.) kepada umatrya. Betapa prihatinnya Baginda kepada kita sehinggakan Baginda tidak rela jika ada salah seorang daripada umatnya kelak, sesudah hari kiamat yang tidak sempat merasakan sisa air liur dan berkat kesucian Baginda. Demi ibu dan bapa kita, semoga selawat dan salam selalu tercurah abadi kepada Baginda serta kepada keluarga, para sahabat para pencinta Baginda. Air yang bercampur dengan air liur Rasulullah (s.a.w.) merupakan kegembiraan yang diharapkan oleh orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang mengenali kadar kemuliaan-nya. Apatah lagi air itu adalah air zamzam yang diberkati oleh Rasulullah (s.a.w). Imam Bukhari dan Imam Muslim telah meriwayatkan dalam kitab sahih mereka, dari Abu Musa (r.a.) berkata : "Saya pemah bersama Nabi (s.a.w.). Waktu itu Bilal juga bersama Baginda. Seorang lelaki berbangsa Arab mendatangi Nabi (s.a.w.) dan berkata: "Wahai Muhammad! Apakah engkau tidak akan menepati janjimu kepadaku?" Rasulullah (s.a.w.) menjawab: "Bergembiralah kamu. "Orang itu berkata lagi: " Saya ingin lebih dari sekadar bergembira." Kemudian Nabi (s.a .w) berpaling kepada Abu Musa dan Bilal dengan sikap marah dan berkata: "Orang ini telah menolak khabar gembira, maka terimalah khabar gembira itu untuk kamu berdua. "Kedua-duanya lalu berkata: "Kami menerimanya, wahai Rasulullah." Kemudian Rasulullah (s.a.w.) meminta semangkuk air zamzam dan segera membasuh kedua-dua tangan dan wajah Baginda. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) berludah ke dalam mangkuk tersebut dan lantas bersabda : "Minumlah air tersebut dan jiruskan ke wajah dan leher kamu semua serta bergembiralah." Kedua-duanya lalu mengambil mangkuk dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w.). Dari sebalik hijab, Ummu Salamah berteriak : "sisakan air yang ada di dalam mangkuk itu untuk ibu kamu." Lalu kedua-duanya memberikan baki air tersebut kepadanya. Marilah kita menerima kegembiraan yang ditawarkan oleh Rasulullah (s .a.w), iaitu air zamzam yang mengandungi berkat air liur Rasulullah (s.a.w.) yang mulia. Sesungguhnya kita akan menerima kegembiraan itu dengan mendapatkan keberkatan pada air zamzam dengan cara meminum, berwuduk serta mandi dengannya. Allah (SWT) telah menciptakan keistimewaan yang nyata dan mukjizat yang mengagumkan dalam air liur Rasulullah (s.a.w.). Perkara seperti ini merupakan penghormatan Allah (SWT) kepada kekasih-Nya. Di antara mukjizat tersebut adalah bahawa air liur Rasulullah (s.a.w.) adalah ubat untuk menyembuhkan penyakit, sebagai pemuas orang yang dahaga, merupakan vitamin dan kekuatan serta mengandungi keberkatan. Bukan sedikit pesakit berjaya diubati oleh Rasulullah (s.a.w.) menerusi air liur Baginda yang mulia, dan sembuh pada ketika itu juga dengan izin Allah. Perkara seperti ini dapat dirujuk dalam kisah Ali (r.a.) ketika perang Khaibar, ia telah mengalami sakit mata. Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab Sahih-nya dari Sahal bin Sa'ad( r.a.): "Bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda : "Sesungguh-nya saya akan memberikan panji peperangan esok hari kepada seorang yang diredai Allah (SWT)." Ketika pagi harinya orang-orang datang kepada Rasulullah (s.a.w.) mengharapkan agar diberi sesuatu, Rasulullah (s.a.w.) bertanya: "Di mana Ali bin Abi Talib?" Mereka menjawab: "Beliau sedang sakit mata wahai Rasulullah (s.a.w.)." Rasulullah bersabda: "Panggil dia ke mari." Ketika Ali (r.a.) datang menghadap, Rasulullah (s.a.w.) meludahi kedua-dua matanya dan berdoa untuknya. Ali bin Abi Talib sembuh pada ketika itu juga, bagaikan tidak pernah ditimpa sakit mata. Rasulullah (s.a.w.) kemudian menyerahkan panji peperangan kepada Ali bin Abi Talib (r.a.). Air liur Nabi Muhammad (s.a.w.) yang mengandungi keberkatan mampu membuat air perigi di Hudaibiah bertambah banyak hingga dapat diminum oleh ribuan pengikut Baginda, waktu itu. Imam Bukhari meriwayatkan dari Al-Barra' (r.a.) bahawa : "Pada waktu itu kami berada dekat perigi Hudaibiah dengan 1400 pasukan. Perigi itu kering hingga kami tidak mendapat setitis air pun. Nabi (s,a.w.) yang waktu itu duduk di tepi perigi, meminta diambilkan segayung air. Setelah menerima segayung air, Baginda segera berkumur-kumur dan meluahkan air itu ke dalam perigi. Tidak berapa lama kemudia, kami sudah dapat mengambil air semula dari dalam perigi itu sehinggalah kami berasa puas, begitu juga dengan binatang tunggangan kami."' Masih banyak lagi bukti-bukti keberkatan yang terkandung dalam air liur Nabi (s.a.w.) yang telah bercampur dengan air zamzam. |