Segalapuji hanyabagiAllah (SWT), TuhanSeruSekalianAlam. Selawat dansalamsemogasentiasatercurahke atasBaginda,Nabi Muhammad(s.a.w.)yangdiutussebagai rahmatbagisekalianalam.Demikian juga kepada kaum keluarga dan para sahabat Baginda, serta kepada orang-orang yang sentiasa menghidupkan sunnahnya sehingga ke hari kiamat.
Sesungguhnya air zamzam adalah sebagai nikmat yang agung. Zamzam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah (SWT) yang besar kepada Baitullah dan Tanah Haram, serta termasuk di antara ayat-ayat Allah yang nyata. Air zamzam merupakan anugerah terbesar yang dapat disaksikan dengan jelas dan pasti. Air zamzam adalah "samarat" (makanan, buah-buahan & nikmat) pertama yang diberikan oleh Allah (SWT) kepada Nabi-Nya, Ibrahim (a.s) - semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati ke atas Baginda. Air zamzama dalah nikmat pertama yang diberikan kepada Nabi Ibrahim (a.s.) ketika Baginda berdoa:
WahaiTuhankami, sesungguhnyaaku telah menempatkan sebahagian keturunanku di sebuah lembah yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan, berdekatan rumahMu yang mulia. Wahai Tuhan kami (yang demikian itu), agar mereka dapat mendirikan solat, makajadikanlah hati-hati manusia cenderung kepada mereka, berikanlah rezeki kepada mereka sebahagian daripada samarat (makanan, buah-buahan & nikmat), mudah-mudahan mereka bersyukur.
(SurahIbrahim:37).
oleh yangdemikian,airzamzamadalahminumandanhidangan daripadaA llah (SWT) kepadaanakkekasih-Nya(Khalilullah, ertinya kekasih Allah, iaitu gelaran yang dikumiakan kepada BagindaNabi Ibrahim [a.s.), iaitu Ismail - semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati Allah (SWT) ke atas Baginda berdua. Air zamzamadalah air yangpenuhkeberkatandankemuliaan,yangwujud di tanahpaling sucidanpenuhkeberkatanmenerusi MalaikatJibril.
Air zamzam adalah air yang mempunyai khasiat, keistimewaan dan keutamaan yang besar, kerana ianya adalah air terbaik yang menjadi "pemimpin" segala air yang selainnya. Air zamzam adalah air yang paling mulia, hal ini berdasarkan sabda Baginda Rasulullah (s.a.w):
Air terbaik di muka bumi adalah air zamzam
Air zamzamadalah air yang digunakan untuk membasuh hati Bagindayangpalingmulia,Nabi Muhammad(s.a.w.). Hati Baginda, Nabi Allah yang paling mulia hanya dibasuh dengan air yang paling muliapula.Allah (SWT) memberikankeistimewaankepadaair yang penuhkeberkatanitu. Dalamhal ini, BagindaRasulullah(s.a.w.)ada bersabda:
Sesungguhnya air zamzam itu penuh keberkatan, air itu mengenyangkan dan dapatmenyembuhkan penyakit.
Jika kita meminumnya dengan niat ingin menghilangkan rasa lapar, makaAllah (SWT) akan memberikan rasa kenyang kepada kita.Jikakita meminumnya dengan niat ingin sembuh daripada penyakit, maka Allah (SWT) akan memberikan penyembuhan terhadap penyakit tersebut. Bahkan, jika kita meminum air zamzam untuk pelbagai keperluan, maka Allah (SWT) akan memperkenankan keperluan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah (s..a.w.) dalam salah satu hadis:
Air zamzam itu terpulang kepada niat untuk apa ia diminum
Air zamzamadalahair yang diberkatioleh BagindaRasulullah (s.a.w.)menerusi percampuran ludahBaginda(air liur) yangsuci, hinggakankeberkatannyaberlipat-ganda. BagindaRasulullah(s.a.w)telah pun berwuduk dengan air zamzam. Baginda juga kerap mengambilnyasebagai miinuman.Kekerapanmengambilmanfaat daripada air zamzamadalah merupakan unsur-unsur keimanan dan petandaterbebasnya saseoranng itu dari sifat-sifatmunafik. Hal ini bersesuaian denganhadisBaginda:
Sesungguhnyayang membezakanidentiti kita dengan orang-orang munafik adalah, bahawa
orang-orang munafik tidak mengambil manfaat daripada air zamzam
Memandangkan bahawa air zamzammempunyai keistimewaan besar dan mengandungi kebaikan, maka air zamzammerupakan hidangandanpemberianyang palingutama.Sebabitulah,Baginda Rasulullah(s.a.w.) sentiasa memberikanairzamzamapabila Baginda ingin menjamuhidangankepadaseseorang. BagindaRasulullah(s .a.w.) juga menjadikan air zamzam sebagai bekalanketikadalamperjalanan, membawanyake pelbagai cerukrantau. Aisyah(r.a.)juga membawa air zamzamdanberkatabahawaBagindaRasulullah(s.a.w)sentiasa membawanya. Jumlah air zamzam yang sangat banyak itu, tidak akan habis kekeringan meskipun saban hari kerap digunakan. Ianya tidak akan habis selagi dunia ini belum berakhir. Air zamzam merupakan salah satu daripada mata air syurga. Itulah sebabnya ianya mempunyai kelebihan, kebaikan dan keberkatan.