Kewujudan air zamzam menerusi perantaraan Malaikat Jibril (a.s.) adalah kerana perintah Allah (SWT). Seandainya dikehendaki, Allah boleh sahaja memerintahkan air zamzam untuk memancur dan mengalir dengan sendirinya. Akan tetapi Allah (SWT) berkehendak lain. Dan untuk menzahirkan kemuliaan air ini, serta memperlihatkan besarnya kekuatan diri makhluk-Nya yang menyertai secara langsung memancur dan mengalirnya air zamzam dari dasar bumi, maka Allah (SWT) telah memerintahkan pemimpin para malaikat iaitu menerusi Malaikat Jibril( a.s.). Malaikat Jibril (a.s.) ketika itu, memukul bumi dengan sayapnya dan air yang penuh berkat ini pun keluar dari dasar bumi di tempat yang penuh berkat, untuk pemimpin yang penuh berkat, menerusi makhluk paling amanah yang penuh berkat pula. Keadaan seperti ini tentu sahaja menambahkan lagi kemuliaan dan keagungan air zamzam. Sesungguhnya Allah (SWT) akan memberikan keistimewaan kepada makhluk yang dikehendaki-Nya. |