KHASIAT AIR ZAMZAM  MINUMAN YANG MENGENYANGKAN
 

Allah (SWT) telah menjadikan air zamzam sebagai air istimewa yang berbeza daripada air biasa dengan menjadikannya sebagai minuman yang mengenyangkan seperti keadaan makanan yang dapat menguatkan tubuh badan.  Dalam kisah Hajar dan Ismail (a.s.) telah kita ketahui bahawa ketika Nabi Ibrahim (a.s.) meninggalkan mereka, Nabi Ibrahim (a.s.) hanya membekalkan mereka dengan karung kulit yang berisi kurma dan bekas satu lagi, berisi air minuman. Jadi, kedua-dua mereka hanya minum air tersebut. Ketika bekalan air minuman telah habis, kedua-dua mereka pun merasa haus. Hajar menatap anaknya dengan perasaan sedih kerana kehausan.  Akhirnya Hajar bertemu dengan malaikat Jibril, berhampiran tapak perigi zamzam. Kemudian malaikat Jibril menguis - dengan tumitnya - (atau dengan sayap-nya) sehingga terpancur air. Kemudian Hajar meminumnya dan menyusukan anaknya.

 

Demikianlah, Allah (SWT) telah menjadikan air zamzam sebagai makanan untuk Ismail dan ibunya, Hajar.  Dalam A l-Quran disebutkan doa Nabi Ibrahim ( a.s.):

 

 

Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku meninggalkan keturunanku di lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan, berhampiran rumah-Mu yang mulia.

(Surah Ibrahim:37)

 

Ketika menafsirkan ayat tersebut, Imam Qurthubi menyatakan: "Allah mengutus malaikat, kemudian ia mencari air dan menjadikan air tersebut sebagai makanan."  Dalam Sahih Bukhari berkaitan dengan wujudnya air zamzam disebutkan :"Allah (SWT) telah melimpahkan rahmat-Nya kepada Hajar. Seandainyai a membiarkan air zamzam, maka air itu akan menjadi mata air yang akan mengalir ke setiap arah." Dalam riwayat lain disebutkan: " Seandainya Hajar membiarkannya, maka air akan menenggelamkan dunia." Hajar kemudian meminum air zamzam dan menyusukan anaknya.  Malaikat berkata : "Jangan takut kehabisan air, sebab di sini adalah rumah Allah, dan anak ini akan membangunkannya bersama ayahnya.  Sesungguhnya Allah tidak akan menyusahkan keluarganya.  Kemudian Hajar tinggal di sana sehingga kaum Jurhum datang.  " Ibnu Hajar menerangkan, Kalimah"  kemudian Hajar tinggal di sana," menunjukkan bahawa Hajar sudah merasa kenyang dengan air zamzam, sehingga tidak memerlukan makanan dan minuman lagi."'  Demikianlah, air zamzam ketika pertama kali wujud sebagai mata air, ia menjadi makanan yang mengenyangkan untuk Hajar dan Ismail (a.s.).

 

Ummu Aiman, penjaga dan ibu susuan Rasulullah (s.a.w.) meriwayatkan : "Saya tidak pemah melihat Muhammad ketika kecilnya mengeluh kerana lapar atau pun haus.  Bahkan sewaktu Baginda telah dewasa.  Setiap pagi beliau meminum air zamzam.  Ketika kami hulurkan makanan, Baginda berkata : "Saya belum teringin makan kerana masih kenyang.

 

Kita juga masih ingat kisah Abu Zar Al-Ghifari (Jundub bin Junadah) yang tidak makan dan minum selama 30 hari 30 malam, kecuali air zamzam namun, waktu itu lipatan perutnya semakin bertambah kerana gemuk. Diriwayatkan dari Abu Zar (r.a.) tentang kisah beliau masuk Islam, dalam Sahih Imam Muslim. Waktu itu ia memasuki Makkah lalu menuju Masjidil Haram, serta tinggal di sana selama 30 hari 30 malam.  Kata Abu Zar : "Waktu itu Rasulullah (s. a.w. ) datang dan terus menuju Hajar Aswad untuk menciumnya. Kemudian Baginda melakukan tawaf mengelilingi Kaabah bersama seorang sahabat. Selepas itu Baginda mendirikan solat. Tatkala Baginda selesai solat, maka saya adalah orang pertama yang menyapanya dengan memberi salam. Ketika itu saya mengucapkan: Assalamu alaika ya Rasulullah.  Rasulullah (s.a.w.) menjawab :"Wa alaika wa Rahmatullah." Kemudian Baginda bertanya: 'Siapa engkau?' Saya menjawab : 'Saya dari Ghifar.' Rasulullah bertanya lagi: 'Sejak bila engkau berada disini?' Saya menjawab : 'Sejak 30 hari yang lalu.'  Rasulullah bertanya lagi : 'Siapa yang memberimu makanan?' Saya menjawab : 'Saya tidak mempunyai makanan kecuali air zamzam. tetapi saya menjadi gemuk hingga lipatan di perutku bertambah.  Saya juga tidak merasakan lapar.'  Kemudian Rasulullah bersabda : 'Sesungguhnya air zamzam itu penuh keberkatan, ia adalah makanan yang mengenyangkan (boleh menggemukkan).

 

Al-Azraqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas bin Abdul Mutalib bahawasanya : "Pada masa jahiliah, orang berlumba-lumba mendapatkan air zamzam.  Mereka yang mempunyai tanggungan keluarga mengambil air zamzam untuk keluarganya supaya dapat diminum bersama.  Selain itu, ada juga yang menjadikannya sebagai sarapan pagi."

 

Al-Fakihi juga meriwayatkan dari Safiyah binti Bahrah. Katanya : "Saya melihat mangkuk besar milik Ummu Hani binti Abu Talib ibnu Abdul Mutalib yang diletakkan dalam masjid. Mangkuk itu berisi air zamzam. Jika kami ingin makan, maka kami disuruh pergi mengambil mangkuk besar milik Ummu Hani'."

 

Diriwayatkan pula dari Ibnu Abbas mengenai zamzam, bahawasanya ia mengatakan : "Kami menyebutnya sebagai makanan mengenyangkan (syabba' ah), kerana ianya adalah pertolongan terbaik untuk keluarga.

 

MINUMAN YANG MENGENYANGKAN  KHASIAT AIR ZAMZAM

 
 
 

 
 
 
 
 

Design and maintain by CamarO

 
 

eXTReMe Tracker