Download borang pendaftaran sebagai Wakil Imtiyaz

 
 
UMRAH & ZIARAH 2012
 

 PERJALANAN

FLIGHTHARIPAKEJ UMRAH & ZIARAHHOTELATURCARASTATUS
 02 APRRoyal Jordanian16Amman / Syria / Bailtul Maqdis8750-
 

√ = Masih ada kekosongan & X = Tiada kekosongan / penuh

 

PAKEJ DIBATALKAN

 
HARGA PAKEJ TERMASUK
  1. Penerbangan Royal Jordanian Airlines.

  2. Tiket penerbangan antarabangsa pergi dan balik, kelas ekonomi.

  3. Cukai Lapangan Terbang.

  4. Permohonan Visa.

  5. Penginapan di Hotel bertaraf 3 bintang di negara lawatan.

  6. Penginapan di Madinah & Mekah : 4 - 6 orang sebilik.

  7. Buffet 3 kali sehari - Sarapan pagi, makan tengahari & makan malam (sepanjang aturcara) tertakluk pada pakej.

  8. Pengangkutan darat seperti aturcara di Arab Saudi.

  9. Lawatan di sekitar Madinah & 3 kali Umrah.

  10. Perkhidmatan Mutawwif.

  11. Cenderahati :

    • 1 Beg bimbit & 1 beg troli.

    • Buku panduan mengerjakan Umrah & Ziarah.

    • Air Zam Zam 10 liter.

 
 
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
  1. Penerbangan Dalam Negeri / Domestik.

  2. Lawatan Tambahan yang tiada di dalam aturcara.

  3. Excess Baggage (lebihan bagasi).

  4. Tiket penerbangan bagasi.

 
 
LAIN-LAIN
  1. Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun mendapat potongan 20% daripada harga tiket penerbangan antarabangsa.

  2. Tambahan harga untuk 2 orang bagi satu bilik - RM650.00, tambahan harga untuk 3 orang bagi satu bilik - RM450.00.

  3. Harga Pakej Bagi Tempahan yang tidak cukup regu bilik, adalah tertakluk kepada susunan bilik terkini sebelum berangkat.

  4. Kursus-kursus umrah & taklimat perjalanan akan diadakan sebelum bertolak.

  5. Proses mendapatkan VISA dan tertakluk kepada syarat-syarat Kementerian Haji Arab Saudi.

  6. Tarikh, Harga Pakej, Hotel & Aturcara adalah tertakluk kepada perubahan semasa dengan atau tanpa notis.

 
 
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH
  1. Mengisi borang pendaftaran.

  2. Wang pendahuluan sebanyak RM500 untuk seorang kecuali Pakej Umrah Ziarah, Pakej Cuti Sekolah & Pakej Ramadhan (deposit RM1000 seorang).

  3. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebulan sebelum tarikh bertolak.

  4. Passport Malaysia (tarikh sah lebih 6 bulan).

  5. Buku suntikan Meningitis.

  6. 4 keping gambar berwarna berukuran (6cm x 4cm) berlatar belakang putih.

  7. Salinan surat nikah / salinan sijil kelahiran / salinan ic waris lelaki yang membenarkan.

 
 
CARA PEMBAYARAN

Pembayaran bagi wang pendahuluan dan bayaran penuh boleh dibuat dengan datang sendiri ke pejabat kami atau dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank kami (direct bank-in) seperti di bawah:

  
NAMA SYARIKAT : IMTIYAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD (Cawangan Perbankan Islam, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu)
NO. AKAUN : 5630 6411 1650
  

Selepas pembayaran dibuat, anda bolehlah menghantar slip pembayaran tersebut terus ke pejabat kami atau dengan menghantar slip tersebut melalui fax (09-631 4546). Jika menghantar menggunakan Fax, sila catatkan nama anda, nama pakej dan tarikh pakej.

 
 
 
ATURCARA PAKEJ - Aturcara tertakluk kepada perubahan.
 
HARI 01 - 02:KUL - AMM
  

Jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas.  Jemaah akan berlepas dengan menaiki penerbangan Royal Jordanian Airlines ke Amman.

   
HARI 02:AMMAN / BUSRA / DAMSYIK
  

Setibanya di Amman, jemaah akan disambut oleh wakil kami dan setelah urusan imigresen dan bagasi selesai, jemaah akan dibawa ke syria melalui jalan darat.  Setelah selesai urusan border, bertolak ke Busra melihat kesan sejarah peninggalan kerajaan Nabatian, tapak kaki unta Nabi ketika baginda datang berdagang ke bumi Syam bersama bapa saudaranya, Abu Talib. Di Basra juga, peserta dapat menyaksikan gereja Rahib Bahira yang masih kekal kesannya.  Setelah itu dibawa ke panggung lama Roman Amphiteater.  Makan tengahari, kemudian ke Nawa menziarahi makam Imam Nawawi dan Makam Nabi Ayub a.s.  Setelah itu perjalanan diteruskan ke ibu kota Syria - Damsyik.

 

PETANG : Sampai di Damsyik, bersiar-siar di bandar Damsyik dan melihat pemandangan Kota Damsyik dari atas Bukit Qasiyun.

 

MALAM : Makan malam dan check-in hotel dan rehat.

   
HARI 03:DAMSYIK / QALAMUN
  

Lawatan ke makam Habil (anak Nabi Adam a.s) yang dibunuh oleh saudara kandungnya Qabil, makam tersebut terletak di arah barat Damascus.  Setelah itu peserta akan di bawa ke bandar Damascus, melawatTakia Sulaimaniah yang dibina semenjak zaman pemerintahan Othmaniah dan kemudian peserta akan dibawa ke Masjid Amawi yang terdapat di dalamnya Makam Nabi Yahya dan Makam panglima islam ulung iaitu Salahuddin Al Ayyubi yang telah membebaskan Baitu Maqdis dari tentera salib.  Solat Zohor dan Asar dan makan tengahari.

 

PETANG : Melawat Bazar Hamidiah sambil membeli-belah.

 

MALAM : Balik ke hotel, makan malam dan rehat.

   
HARI 04:DAMSYIK / MA'LULA / HOMS
  

Bertolak ke Ma'lula, perkampungan yang didiami oleh anak murid Nabi Isa a.s yang bernama Taqla dimana suatu ketika dahulu masyarakatnya masih lagi bertutur dalam bahasa Taqla iaitu bahasa Arameks.  Kemudian perjalanan diteruskan ke Homs bagi melawat bandar ke tiga terbesar di Syria.  Disini peserta dapat menziarahi makam sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Khalid Al Walid, seorang pejuang Islam yang tidak pernah kalah dalam peperangan dan beliau dogelar oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai Pedang Allah (Saifullah) lantaran kehebatannya dan kemahirannya dalam peperangan..  Setelah itu perjalanan di teruskan ke Kota Kubu Crack, yang terletak berdekatan sempadan utara Lubnan.

 

TENGAHARI : Makan tengahari dan melawat Kota Crack, kota yang pernah diduduki oleh Tentera Salib satu ketika dahulu dan juga Raja Zahir Bebras, salas seorang raja kerajaan Mamalik.  Jika berkesempatan, peserta akan dibawa melihat kincir air yang dibina semenjak ribuan tahun dahulu.

 

PETANG : Balik ke Damascus.

   
HARI 05:DAMSYIK / AMMAN / JEDDAH
  

Menziarahi makam para sahabat Nabi Muhammad S.A.W (Muawiyah Bin Abu Suffian, Bilal Bin Rabah dan ramai lagi) dan isteri Nabi Muhammad S.A.W (Ummu Habibah / Ummu Salamah) di Bab Saghir.  Kemudian perjalanan diteruskan ke Amman, Jordan.

 

MALAM : Sampai di lapangan terbang Queen Alia, Amman, Jordan. Berlepas ke Jeddah.

   
HARI 06:JEDDAH
  

Tiba di Jeddah dan peserta terus dibawa ke Madinah dengan bas berhawa dingin dan dibawa ke tempat penginapan.

   
HARI 07:MADINAH
  

Peserta beribadat bersendirian atau dengan bimbingan petugas. Ziarah makam Nabi Muhammad S.A.W dan perkuburan Baqi'.

   
HARI 08:MADINAH
  

Peserta dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Lapangan Perang Uhud melalui Masjid Tujuh, percetakan Al-Quran sekiranya mendapat kebenaran dan berakhir di Pasar Kurma.

   
HARI 09:MADINAH / MEKAH
  

Berlepas ke Mekah dengan bas berhawa dingin dan berniat umrah di Miqat Bir Ali.  Setelah tiba di Mekah, jemaah berehat seketika.  Kemudian peserta dibimbing untuk menyempurnakan Umrah 1.

   
HARI 10:MEKAH
  

Acara bebas di Mekah. Beribadah dengan bimbingan petugas.  Solat Jumaat di Masjidil Haram.

   
HARI 11:MEKAH
  

Peserta dibawa menziarahi di sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji iaitu ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum dibawa ke Miqat Jaaranah untuk berniat Umrah 2.  Di dalam perjalanan, peserta dibawa melalui bukit Thur dan Jabal Nur yang sangat bersejarah.

   
HARI 12:MEKAH
  

Peserta di bawa menziarahi ke tempat menyulam Kelambu Kaabah (Kiswah) atau Muzium Mekah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa) sebelum ke kandang Unta.  Seterusnya peserta ke Miqat Hudaibiyah untuk Umrah ke 3.

   
HARI 13:MEKAH
  

Selepas Tawaf Wida' peserta di hantar ke Lapangan Terbang Jeddah untuk perjalanan pulang ke Malaysia.

 
 
 
NOTA
  • Harga ,tiket & penginapan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.

  • Penginapan Standard Hotel Madinah di Saha Safir,Mubarak Al Madinah atau setaraf, manakala di Mekah Hotel Diyar Inn, Hawazin, Rawabi Taiba atau setaraf.  (300 meter) - arah pintu Saie.(Ghazzah) Penginapan Apartmen di mekah ialah di Asrama melayu ghazzah atau setaraf (350 meter).

  • Deposit RM500 seorang KECUALI Pakej Umrah Ziarah, Pakej Cuti Sekolah & Pakej Ramadhan (deposit RM1000 seorang).

  • Aturcara Umrah atau Umrah Ziarah sebagaimana lampiran dan tertakluk kepada peubahan.

  • Polisi Pembatalan adalah mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak TDC.

  • Peserta mesti mendaftar sendiri atau melalui Wakil Pemasaran SAH yang dilantik oleh Pihak Imtiyaz.

  • Pembayaran penuh MESTI diselesaikan selewat-lewatnya 21 hari sebelum berangkat.

 
 
 

 
 
 
 
 

Design and maintain by CamarO

 
 

eXTReMe Tracker