PANDUAN PENDAFTARAN HAJI

Langkah 1

Buka Akaun Simpanan di Pejabat Tabung Haji yang berdekatan.

 

Langkah 2

Isi dengan lengkap Borang Daftar Haji di Pejabat Tabung Haji dan serahkan untuk diproses. Simpanan minimum di dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM1300.00

 

Langkah 3

Setelah diproses , giliran anda akan tertera. (Contoh: Giliran Tunai Haji anda pada tahun 2028- 18 tahun lagi).

 

Langkah 4

Menghantar Surat Rayuan untuk dipertimbangkan oleh Tabung Haji supaya dapat Tunai Haji pada tahun yang dikehendaki.

 

Langkah 5

Mengikuti Kursus Haji Bersiri di lokasi yang disediakan oleh Tabung Haji atau Syarikat Swasta.

 

Langkah 6

Mengisi borang Pendaftaran Haji sekiranya berhasrat tunaikan Haji melalui Kaedah Syarikat Swasta.

 

Langkah 7

Tunggu jawapan dari Tabung Haji sama ada terus kepada anda atau melalui Syarikat Swasta yang anda berdaftar.Jawapan itu mungkin segera atau di saat hampir musim haji.

 

PENDAFTARAN:

Syarat-Syarat Pendaftaran Haji :
•  Mengisi boring Pendaftaran Haji dengan lengkap:
•  Borang Daftar Haji Harom Fast/Imtiyaz – 2 salinan
•  Borang Daftar Haji P 07 yang dikeluarkan oleh Tabung Haji – 2 salinan.
•  Wang Komitmen Fee RM500.00 (Tidak dikembalikan sekiranya menarik diri sepanjang
   tempoh rayuan dibuat).
•  Wang Deposit Haji.
•  Melampirkan dokumen yang diperlukan.
•  Salinan Slip Daftar Haji Tabung Haji ATAU Salinan Maklumat Peribadi Buku Akaun
   Tabung Haji.
•  Salinan Kad Pengenalan.
•  Gambar Berukuran Visa Umrah (4 keping).

PANDUAN PERJALANAN HAJI DI ARAB SAUDI

[ Sila klik disini untuk melihat video panduan ]

PANDUAN MENGERJAKAN HAJI

• MINGGU 1 • MINGGU 2 • MINGGU 3 • MINGGU 4
• MINGGU 5 • MINGGU 6 • MINGGU 7 • MINGGU 8
• MINGGU 9 • MINGGU 10 • MINGGU 11 • MINGGU 12
• MINGGU 13 • MINGGU 14 • MINGGU 15 • MINGGU 16-17
 
 
 

 
 
 
 
 

Design and maintain by CamarO

 
 

eXTReMe Tracker