KHASIAT AIR ZAMZAM  SENTIASA WUJUD SELAGI DUNIA WUJUD
 

Tanda keagungan zamzam akan tetap ada selama mana dunia masih wujud. Hakikat ini berdasarkan kepada sabda Rasullah (s.a.w.) menyatakan : Bahawa air zamzam adalah air yang penuh keberkatan dan mengenyangkan.  Allah (SWT) akan memberikan kemuliaan kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, sejak awal hingga waktu yang Dia kehendaki.  Ibnul Qayyim (W. 751 H) berkata : "Saya telah menyaksikan ramai orang yang merasa kenyang dengan air zamzam berhari-hari, bahkan hampir sebulan tidak merasa lapar. Saya melihat mereka tetap melakukan tawaf seperti orang lain. Saya dengar bahawa seseorang telah berada di Masjidil Haram selama lebih kurang empat puluh hari."'  Syeikh Abdur Rasyid At-Tatari (W. 1944 M), salah seorang ulama Tartar pada masa kekhalifahan Turki Usmani, menceritakan perjalanannya yang ditulis dalam kitab Al-'AIam AI -Islami. Dalam buku itu ia menulis : "Saya menghadapi waktu selama satu minggu bersama air zamzam untuk menahan lapar.  Hal ini suatu pengalaman yang sangat nyata dan tidak kuragukan sedikit pun."

 

Pada masa sekarang, ramai orang yang meminum air zamzam dengan niat menghilangkan rasa lapar hingga mereka tidak memerlukan makanan selain air zamzam. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Sa'id Tantawi, ulama sekaligus seniman zuhud - semoga Allah (SWT) memelihara kesihatan beliau - yang telah beriktikaf di Masjidil Haram pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, tanpa makanan dan minuman selain air zamzam. Ketika itu beliau tidak merasa lapar ataupun haus. Demikian pula cerita seorang kawan di Universiti Ummul Qura, sewaktu ia sakit selama sepuluh hari, tidak mampu membuka mulut untuk makan atau minum sesuatu, bahkan untuk berbicara sekalipun. Ia hanya mampu minum seteguk air.  Menurut cerita, sahabat ini selama 17 hari, hanya mengharapkan air zamzam dan ia tidak merasa lapar dan haus sedikit pun. Kemudian Allah (SWT) berkenan memberikan penyembuhan terhadap penyakit yang dideritainya, setelah berlalu tujuh belas hari tersebut. Maha Suci Allah, Yang Maha Menyembuhkan.  Maha besar keagungan, kekuasaan dan kebijaksanan Allah (SWT). Sesungguhnya situasi yang sedemikian rupa hanya memerlukan kekuatan iman, serta pelindungan yang sebenarnya kepada Allah (SWT) dan keikhlasan untuk-Nya.

 

SENTIASA WUJUD SELAGI DUNIA WUJUD  KHASIAT AIR ZAMZAM

 
 
 

 
 
 
 
 

Design and maintain by CamarO

 
 

eXTReMe Tracker