TERMA & SYARAT PAKEJ UMRAH
 
  1. Tempahan dan Deposit

    Deposit sebanyak 25% atau minimum RM500.00, hendaklah dijelaskan (yang mana lebih tinggi) ketika peserta mengisi borang pendaftaran. Bayaran penuh hendaklah dibuat 30 hari sebelum berangkat atau 7 hari setelah mendapat pengesahan. Kegagalan menjelaskan bayaran mengikut ketetapan menyebabkan tempahan dibatalkan beserta bayaran deposit terhapus.

 
  1. Pindaan Tempahan

    Sebarang pindaan tempahan yang dimohon setelah mendapat pengesahan akan dikenakan bayaran RM50.00 seorang. Bayaran itu tidak termasuk bayaran tambahan yang melibatkan hotel, tiket penerbangan, visa atau Operasi Luar Negara / Negeri yang akan dikenakan berdasarkan harga pihak yang berkenaan. Bayaran yang dikenakan berikutan pembatalan tempahan adalah sebagaimana jadual dalam Klaus 3 (II).

 
  1. Pembatalan

     

    1. Peserta hendaklah memohon secara bertulis untuk pembatalan penyertaan bagi mengelakkan salah fa ham. Sekiranya pihak IMTIYAZ menerima pembatalan 30 hari sebelum berlepas,bayaran RM50.00 seorang dikenakan. Bayaran ini tidak termasuk kos yang melibatkan bayaran tiket penerbangan. hotel. visa dan Operasi luar Negara/Negeri yang mesti ditanggung oleh Penempah.

       

    2. Pembatalan yang dibuat kurang dari 30 hari dari tarikh berlepas, bayaran setiap peserta adalah sebagaimana jadual berikut:

       

      Tempoh Pembatalan

      Bayaran

      Melebihi 30 hari

      Antara 15 hingga 30 hari

      Antara 8 hingga 14 hari

      Antara 7 hingga hari berlepas

      RM50.00

      50% dari bayaran deposit

      40% dari harga Pakej.

      100% dari harga Pakej.

       

    3. Polisi Pembatalan Oleh Syankat Penerbangan yang melibatkan Tambang Promosi tidak termasuk di dalam Jadual 3.2. Tiket Penerbangan tertakluk kepada Syarat-Syarat Syarikat Penerbangan yang mungkin melibatkan tiket penerbangan non-endorsable. non-reissuable, non-refundable and non-reroutable. Sebarang pembayaran bayaran yang melibatkan pindaan tiket penerbangan mestilah ditanggung oleh peserta.

 
  1. Pembatalan Dilakukan Oleh Pihak Syarikat

    Pihak IMTIYAZ berhak untuk membatalkan perjalanan sekiranya terdapat perkara yang di luar kuasa seperti peperangan, bencana alam, amaran Kerajaan Malaysia dan sebagainya.  IMTIYAZ berhak untuk menukar ke destinasi lain dengan persetujuan peserta. Sekiranya tiada persetujuan peserta, IMTIYAZ akan memulangkan kembali bayaran dengan ditolak kos pengurusan yang tetah digunakan oleh IMTIYAZ.

 
  1. Dokumen Perjalanan / Visa

    1. Tanggungjawab Peserta

      Peserta mesti menyediakan segala dokumen yang diperlukan menurut masa yang telah ditetapkan oleh IMTIYAZ.

       

    2. Tanggungjawab IMTIYAZ.

      Menasihatkan peserta tentang dokumen yang diperlukan bagi Menguruskan visa. Namun kelulusan mendapatkan visa tertakluk kepada kelulusan pihak negara berkenaan. Pihak IMTIYAZ tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak kedutaan berkaitan.

       

    3. Penolakan Permohonan Visa Atau Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara

      Atas apa-apa alasan, sekiranya peserta gaga! mendapat visa. atau tidak dibenarkan keluar negara oleh pihak berkuasa. pemulangan semula bayaran oleh pihak IMTIYAZ kepada peserta adalah menurut jadual 3 (II) dan Klaus 3 (III).

 
  1. Halangan Ketibaan

    Pihak IMTIYAZ tidak bertanggungtawab terhadap bayaran sekiranya Peserta terhalang untuk masuk ke negara yang di lawati Halangan itu disebabkan oleh:

     

    • Kelulusan dari pihak lmigresen negara berkenaan berikutan apa-apa alasan berkaitan undang-undang, dokumen atau kegiatan yang bercanggah dengan kepentingan Negara berkenaan.

     

    • Passport Antarabangsa yang luput 6 bulan dari tarikh pulang semula ke tanahair.

 
  1. Harga & Makluman Pakej

    Harga yang ditawarkan adalah sah pada waktu iklan diterbitkan Perubahan harga adalah tertakluk kepada perubahan semasa sama ada Tiket Penerbangan, Hotel, Tukaran Wang Asing, Lain-Lain pengangkutan, Cukai dan lain-lain. Pihak IMTIYAZ berhak membuat pindaan harga tanpa notis. Setiap Pakej yang ditawarkan meliputi perkara berikut:

     

    1. Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi termasuk cukai lapangan terbang dan insuran penerbangan.

     

    1. Hotel atau apartmen yang memuatkan 4 - 6 orang sebilik. Permintaan untuk harga 1, 2 & 3 orang sebilik ditawarkan berasaskan permintaan dan kekosongan bilik berkenaan.

     

    1. Harga tidak termasuk khidmat penggunaan peribadi seperti Porter, dobi, telefon hotel, tips dan lain-lain.

     

    1. Hidangan makananan & pengangkutan darat disediakan sebagaimana didalam aturcara Pakej.

     

    1. Pakej Khas (individu atau berkeluarga) akan diatur jadual khusus dengan harga yang berbeza.

 
  1. Pembayaran Semula Bagi Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

    Perkhidmatan yang tidak digunakan oleh peserta seperti tiket penerbangan, penginapan, sajian makanan, lawatan dan lain-lain tidak akan dikembalikan wang atas apa-apa alasan sekalipun.

 
  1. Bagasi

    Had Berat Bagasi yang dibenarkan tertakluk kepada Syarikat Penerbangan atau Pengendali Lawatan. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang bentuk perlanggaran peraturan yang diputuskan oleh pihak berkenaan. Kehilangan dan Kerosakan Bagasi Rujuk kepada Klaus No 13 - lnsuran Pengembaraan.

 
  1. Kuasa Pembatalan

    Pihak IMTIYAZ berhak untuk membatalkan atau meminda jadual dan tempahan oleh peserta ATAU menghalang Peserta dari meneruskan lawatan jika didapati mengalami masalah kesihatan. keselamatan atau mengganggu keselesaan peserta lain. IMTIYAZ turut behak membatalkan tempahan peserta yang alas apa-apa alasan telah dihalang untuk menyertai Syarikat Pengangkutan. Hotel dan sebagainya Andai terjadi. pihak IMTIYAZ tidak memulangkan bayaran peserta.

 
  1. Tanggungjawab

    Pihak IMTIYAZ atau wakil tidak akan berlepas diri dalam membantu setiap peserta temadap sebarang permasalahan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan pihak IMTIYAZ tidak dapat bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana berikut:

     

    1. Kecederaan, kehilangan, kerosakan, kematian, penangguhan, kos tambahan sama ada secara langsung atau tidak langsung berikutan berlakunya perkara diluar jangka seperti peperangan, keganasan, bencana alam, gangguan cuaca, takdir Tuhan, kegagalan jentera dan peralatan dan sebagainya yang menyebabkan lawatan tidak berjalan sebagaimana di dalam program.

     

    1. Penambahan atau penangguhan yang disebabkan oleh jadual penerbangan atau tempat penginapan yang tidak mendapat pengesahan terlebih dahulu.

     

    1. Kerosakan dan kehilangan beg, barangan peribadi atau kemalangan.

     

    1. IMTIYAZ atau wakilnya hanya bertindak sebagai perantara dengan syarikat penerbangan, pengendali hotel, tiket dan vouncher. Segala dokumen berkaitan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

     

    1. Segala tiket dan voucher yang dikeluarkan oleh pihak penerbangan dan pembekal adalah tertakluk kepada status non-endorsable, Non-reissuable, non-refundable dan non-reroutable. Sebarang pindaan perjalanan atau tarikh oleh peserta akan berhadapan dengan masalah yang tidak akan ditanggung oleh IMTIYAZ sekiranya melibatkan kos.

 
  1. Tuntutan Terhadap IMTIYAZ (Sekiranya Ada)

    Sebarang tuntutan yang disertakan dengan bukti dan surat bertulis terhadap IMTIYAZ mesti dibuat sebelum 14 hari setelah selesai lawatan. Tuntutan selepas tempoh tersebut tidak akan diterima. Alamatkan tuntutan kepada: -

     

    Attention· Managing Director

    Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd.

    88K, Taman Perumahan Losong,

    Jalan Losong Feri,

    21000 Kuala Terengganu, Terengganu,

    Malaysia.

 
  1. lnsuran Pengembaraan

    Semua peserta yang bemasrat untuk mengambil insuran penerbangan boleh berurusan sendiri atau mewakilkan kepada kami. Kami mencadangkan insuran tersebut adalah meliputi Kemalangan Diri, Rawatan, Perlindungan Kecemasan Yang Tidak Terhad, Elaun Harian Hospital, Perlindungan Bagasi, Kelewatan Bagasi, Kehilangan Kewangan dan Dokumen, Personal Liability, Penangguhan Pelancongan serta pembatalan.

 
 
 

 
 
 
 
 

Design and maintain by CamarO

 
 

eXTReMe Tracker